Salam.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again.
.: Hantu Bonceng – Pandangan Berbeza Bijak Pandai Agama

Hantu Bonceng – Pandangan Berbeza Bijak Pandai Agama

ila | Thursday, September 22, 2011 | 13Comments |


KUALA LUMPUR – Isu lafaz kalimah yang mengelirukan dalam filem Hantu Bonceng oleh Zizan Raja Lawak mewujudkan pandangan yang berbeza di kalangan bijak pandai agama di negara ini.
Jika sebelum ini Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasharuddin Tantawi mengeluarkan kenyataan bahawa dialog tersebut mengelirukan, kini timbul pula maklum balas dari Pendakwah Bebas, Azhar Idrus dan Juara Program TV Imam Muda, Asyraf atau dikenali sebagai Imam Muda Asyraf.
Azhar mengatakan ada dua aspek terpenting dalam isu berkenaan iaitu sama ada ia dilafazkan dengan niat untuk mempersendakan Islam atau tidak ada niat untuk berbuat demikian.
Beliau berkata, dalam kes itu, Zizan mengucap kalimah  “asyhadu anna Muhammadar..syaitan” (aku naik saksi bahawa Muhammad itu..syaitan), mungkin kerana mahu membuat lawak, maka dia menambah istilah syaitan semasa memandang wajah rakannya di dalam filem itu.
Azhar menambah, walaupun ia bukanlah untuk menghina Islam tetapi tetap haram kerana mendatangkan fitnah.
Azhar di dalam rumusannya mengatakan jika diambil secara baik, Zizan tidak berniat mempersenda tetapi disebabkan kejahilan ia memberi fitnah kepadanya.
Komen Azhar mengenai isu itu dapat dilihat di laman Youtube. Beliau ketika itu menjawab soalan yang ditanya Zizan sendiri pada salah satu ceramah beliau.
Manakala pandangan imam muda Asyraf pula agak berlainan.
Beliau berkata bahawa apa yang difahami dalam dialog tersebut ialah ia bukan cercaan.
“Sy(saya) laungkan syahadah..tetiba(tiba-tiba) lalat msuk(masuk) mulut..sy smbung(sambung) syhadah dgn(dengan) kata “tuihh..lalat”..adakah sy(saya) mghina Rasul sbg (sebagai) lalat,” kata Imam Muda Asyraf yang dipetik dari laman twitter.
Beliau berkata, untuk mengatakan seseorang itu menghina nabi adalah sesuatu yang tidak boleh dipandang ringan dan sukar untuk diperhuraikan.
Filem Hantu Bonceng sebelum ini mendapat pujian atas kejayaan mengumpul kutipan tiket mencecah RM8 juta dalam masa dua minggu ia ditayangkan di pawagam seluruh negara.
Namun, ia mula dikritik banyak pihak apabila dikesan mempunyai bahagian lakonan yang menghina junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Ia dapat dilihat pada bahagian di mana pelakon utamanya, Zizan sedang menerima rawatan di hospital dan mula menjerit bila ditegur rakannya.
Dalam bahagian itu, pada salah satu dialognya, Zizan telah menambah istilah “asyhadu anna Muhammadar syaitan” (aku naik saksi bahawa Muhammad itu syaitan). –
 sumber:sini
kata-kata terakhir: tak kan Zizan sendiri tak boleh berfikir tentang apa yang diucapkan tu?masa tengok filem nie aku dah agak benda nie mesti akan jadi isu.muhasabah la diri masing-masing


13 comments:

asfira aminuddin said...

mempersendakan agama mmg tak elok. tapi kan, kalo ia bertujuan utk menyedarkan org lain, i tink takpe kot. kan?

EnciK AxixOu said...

2 la..pandangan org agama sangat penting...tp org yg sombong n bongkak mmg pyh nk d'tgur..

Umie Nadhirah said...

aku setuju dengan imam muda asyraf! ^_^

nuyui a.k.a miss YUI said...

xtau nak kata apa coz xtgk lg..

SoLy SoLicious said...

len kali nk wat filem kne okir sensitiviti masyarakat sekeliling

Fatin Farhana Binti Ramli said...

I have no coment about this . but hantu boncing is funny

cik sakdi said...

ooo. tu ke issue nye.. baru tau..selama ni xtau pon dialogue dia. ish melampau la kan yg syaitan tu. habis kelakar la kan kalau wat lawak mcm tu.

Hizami Li said...

tak tahu nak komen apa. takut tersalah komen. apa2 pon, ambil ni sebagai iktibar. :)

eddy syrol said...

di negara kita ni ada beberapa jenis manusia yang nampak sgt..

1. bodoh sombong
2. pantang di tegur
3. terror bab menegakkan benang yg basah...
jom muhasabah

eh..singgah sini jap..
yazidy tak suka pura-pura


Hizami Li cakap pasal daniel adie

Echa said...

setuju pd yg benar..
xdpt nk komen lebih sbb x pkr sgt..
let Allah judge in hereafter..

Anonymous said...

sudah ditegur harap xbuat lagi.. pasni jgn buat cerita pasal agama la senang:)

Anonymous said...

Hm entahla. Biar la dia.



;)

NURAMOY AKA AMOI said...

isu hot skrg..lain x buat filem kena hati2..;p

Kotak Chitchat