Salam.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again.
.: 22.01.

22.01.

ila | Saturday, January 22, 2011 | 7Comments |
hari nie birthdaY daddy saya.
semoga dia dipanjangkan umo,dimurah kan rezeki dan sihat2 selalu.

saya sayang daddy saya,walaup0n dye agak garang tapi dye la satu-satu nya daddy.

___________

ok nak cerita pasal budak bayi yang hilang tu.then dijumpai di hutan,wah pelik kan.

tapi kuasa Tuhan la..

Petikan dari Harian Metro:-
SLIM RIVER: “Saya tidak menolak kemungkinan kehilangan cucu disebabkan unsur ghaib kerana secara logiknya, tidak munasabah kanak-kanak berusia setahun 10 bulan mampu berjalan kaki hampir tiga kilometer ke dalam hutan bersendirian dengan berkaki ayam.

“Apapun kami bersyukur kerana dia ditemui dalam keadaan sihat meskipun ada sedikit kesan calar dan tiada perkara buruk menimpanya,” kata Abdul Wahid Nordin, 52, datuk kepada Nor Aishah Umairah Zamzanuri yang ditemui selamat pagi semalam selepas hampir dua hari dilaporkan hilang.

Nor Aishah yang dijaga neneknya di Kampung Lintah, Kampung Ulu Slim, dekat sini, sementara ibu bapanya, Zamzanuri Salleh, 28, dan Nor Awani Abdul Khalid, 28, bekerja dan tinggal di Ipoh, ditemui dalam ladang getah kira-kira jam 7.30 pagi oleh dua Orang Asli yang kebetulan lalu di kawasan itu dan mendengar suara tangisannya.

Biarpun selepas lebih 18 jam bersendirian sejak dilaporkan hilang kira-kira jam 12 tengah hari kelmarin, selain sedikit calar di kaki dan kesan gigitan nyamuk di beberapa anggota badan, secara keseluruhan keadaan Nor Aishah sihat.
amun, apa yang mencetuskan misteri ialah lokasi kanak-kanak itu ditemui iaitu dalam ladang getah di pinggir kampung berhampiran hutan dan kira-kira tiga kilometer dari rumah neneknya.

Malah, operasi mencari dan menyelamat yang disertai lebih 70 orang termasuk 25 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Slim River yang diketuai Penolong Penguasa, Meor Mohd Ali Meor Husin, polis, penduduk kampung dengan dibantu unit anjing pengesan bomba, juga sudah mencari di sekitar kawasan berkenaan pada petang kelmarin, tapi gagal menemuinya.

Zamzanuri turut mengakui kehilangan anaknya itu agak misteri kerana lokasi kanak-kanak itu ditemui di tengah ladang getah berhampiran hutan dan jauh dari rumah penduduk.

“Apapun, saya anggap semua ini ketentuan Tuhan. Paling penting anak saya ditemui dalam keadaan selamat. Saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang terbabit dalam operasi mencari sejak tengah hari semalam (kelmarin) dan berhajat mengadakan kenduri kesyukuran,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Tanjung Malim, Deputi Superintendan Anuar Osman ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.



7 comments:

Sarah Abadan said...

alhamdulillah budak tu selamat..huhu
btw, i wish a happy birthday to ur dad... :)

ila said...

ermm tu la pasal.
thanks

Belog Cik Peanut said...

happy bufday incik ila's daddy
;)

pasal budak tu, peanut ade bace, what the miracle lah kan, budak tu selamat wapun dah jalan berkilo2 meter..

kindergartenlibrary said...

wah ,..wish dari nelly juga ..
=)

ila said...

thanks ea

AfiqahZ said...

happy birthday daddy !
*tetibe jadi daddy eika sekejap :P

woahh. miracle! budak tuh lucky sgt :)

ila said...

thanks.
aah la dye bertuah

Kotak Chitchat