Salam.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again.
.: 9 kepala babi di depan Masjid AL-Falah

9 kepala babi di depan Masjid AL-Falah

ila | Friday, January 06, 2012 | 1Comments |

JOHOR BAHRU – Penduduk Islam di Taman Desa Jaya, dekat sini, gempar apabila sembilan kepala babi ditemui di luar pintu Masjid Al Falah, di sini, dalam dua kejadian berasingan.

Dalam kejadian pertama, empat kepala babi yang dibungkus dengan plastik ditemui oleh beberapa penduduk di pintu bahagian tepi masjid ketika datang ke rumah ibadat itu untuk membersihkan kawasan sekitarnya, jam 5 petang kelmarin.

Susulan penemuan, jawatankuasa masjid membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Belum pun reda dengan kejadian pertama, jemaah masjid dikejutkan dengan penemuan lima lagi kepala haiwan itu diletakkan di pintu pagar hadapan mas­jid kira-kira jam 5.10, pagi semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Masjid Al Falah, Kasim Darim, 62, berkata, pengurusan masjid kesal dengan tindakan kumpulan atau individu yang menyentuh sensitiviti masyarakat di kawasan itu.

Beliau berkata, kejadian seumpama itu pertama kali berlaku di kawasan masjid berkenaan.

“Sebelum ini, pihak kami (masjid) tidak mempunyai­ masalah dengan masyarakat setempat dan saya tidak menuduh sesiapa yang melakukan perkara ini.

“Namun bagi kami, jika ada masalah, kita boleh berunding tanpa perlu membuat perkara seperti ini. Saya kecewa dengan sikap kumpulan atau individu yang melakukan perbuatan ini,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Kassim berkata, satu laporan telah dibuat di Balai Polis Desa Cemerlang.

Sementara itu, Biro Keselamatan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Desa Jaya, Mohd Khairi Abdul Latip menyifatkan perbuatan itu menggugat keharmonian masyarakat setempat.

“Perbuatan ini boleh dianggap sangat biadab kerana tidak menghormati masyarakat di sini.

“Kami berharap agar pihak polis dapat menyiasat dan mencari dalang yang melakukan perbuatan yang menghina agama ini,” katanya.

Sementara itu, kira-kira 100 orang, termasuk pertubuhan bukan kerajaan, me­ngadakan perhimpunan aman di depan masjid berkenaan bagi membantah perbuatan tersebut.

___________________________________________

Salam.korang ade tengok dekat berita atau ada rbaca akhbar tak tentang kejadian nie?

sebenarnya aku pon terperanjat sebab benda nie dekat kawasan perumahan aku.Hari khamis malam yang berlaku isu kepala babi nie.Lepas solat jumaat minggu lepas  yang polis datang siasat.

aku sangat terperanjat sebab sebelum nie memang tak pernah berlaku insiden sebergini.
Tidak dapat dinafikan juga kawasan perumahan aku memang ramai la jugak orang cina.

tengok berita 2 hari lepas 4 orang ditahan bagi membantu siasatan.Harap-harap dapat la tangkap dan kene tindakan yang sewajarnya terhadap orang yang melakukan perbuatan tersebut.

bila aku tanya kepada membe-membe diorang semua tak tahu pelakunya samaada india , cina atau melayu.bapak aku kate sebab benda tu sensitif.

Kita sebgai umat Islam sama-sama lah untuk menjaga kesucian masjid dan elakkan perkara macam nie berlaku lagi.




1 comment:

kis said...

confirm ka kepala babi???
coz tgk berita,,,bangkai kepala tue masih diuji lagi...

Kotak Chitchat