Salam.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again.
.: eh sekolah saya masuk utusan

eh sekolah saya masuk utusan

ila | Thursday, April 28, 2011 | 1Comments |
pagi tadi iLa orang pertama bace akhbar.orang lain semua sibok siapkan kerja sejarah.
kebetulan pulak cikgu ganti.
selak punya selak tetiba 



JOHOR BAHRU 27 April - Meyakini kandungan sisipan Akhbar Dalam Pembelajaran (ADaP) mampu meningkatkan penguasaan dan ilmu pelajar mendorong Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa Jaya (SMKTDJ) di sini bersetuju melanggan 10,000 naskhah akhbar Utusan Malaysia bagi tempoh setahun.
Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar SMKTDJ, Md. Fadzil Abu Bakarberkata, pihaknya teruja untuk melanggan akhbar tersebut menerusi sisipan ADaP yang memuatkan bahan rujukan bagi memenuhi keperluan pembelajaran bagi 1,500 pelajarnya, terutama bagi yang akan menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.
Beliau yakin sisipan itu mampu membantu meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu para pelajar tersebut yang mempunyai komposisi 40 peratus berketurunan Melayu, manakala 60 peratus Cina dan India.
"Pada keseluruhannya kami telah meneliti dan memperhalusi isi kandungan ADaP dan ia boleh dijadikan bahan rujukan yang baik untuk para pelajar.
"Kami berpendapat program perkongsian pintar ini dapat membantu pihak sekolah menjayakan aktiviti berfaedah serta meyakinkan pelajar dan ibu bapa serta masyarakat setempat dan seterusnya mempertingkatkan kualiti perkhidmatan guru dan pentadbiran sekolah kami," katanya.
Beliau berkata demikian semasa majlis penyerahan langganan 10,000 naskhah akhbarUtusan Malaysia menerusi program Perkongsian Pintar Langganan Tahunan 2011, di sekolah itu di sini semalam. Turut hadir penyelaras SMK Taman Desa Jaya, Basri Afendi.
Md. Fadzil berkata, kandungan ADaP yang meyakinkan pada setiap Khamis yang menyediakan pelbagai bahan untuk pelajar yang akan menduduki PMR dan SPM turut menarik kesemua 1,500 pelajar melanggan akhbar Utusan Malaysia.
Sementara itu, Eksekutif Jualan Utusan Melayu (M) Berhad, Mohd. Shahrullazhar Ya'cob berkata, sebagai menghargai pelanggan, pihaknya turut memberikan komitmen dengan memberikan liputan serta publisiti yang diterbitkan di akhbar Utusan Malaysia menerusi ruangan MySekolah.
Selain itu, pihaknya turut menyerikan program pendidikan sekolah untuk dimuatkan dalam akhbar sebagai bahan berita semasa.


gambar syamil depan-depan seyh.semua berlakon aje lebih nak amik gambar

1 comment:

qwert. said...

hahaaa , biasa laa . drama itu kadang kadang perlu ;)

Kotak Chitchat